Konsert K-Pop B1A4 Dicemuh sebab insiden Cium dan Peluk

Konsert K-Pop bukan sekali dua diadakan di Malaysia dan peminatnya pun semakin bertambah dari masa ke semasa. Masihkah anda ingat kisah konsert K-Pop yang bernilai RM1.6 juta untuk sambutan Hari Belia Kebangsaan pada tahun 2012? Satu kos yang besar dan memberi impak dan polemik di media sosial berterusan sehinggakan satu keputusan dibuat bahawa tiada lagi persembahan dari artis K-Pop di Hari Belia Negara.

Namun, apakah masih kita tidak sedar dan leka?

K-Pop Malaysia 2012

Imej “Mat Rockers Malaysia” yang berambut panjang satu ketika dahulu telah dipotong dan ada sesetengahnya digam dari tayangan umum. Tetapi apabila perkara kisah K-Pop ini berlaku, ia tidak mendapat reaksi mereka yang terlibat? Apakah masih kita tidak merasakan budaya yang dibawakan oleh artis K-Pop itu tidak sesuai untuk dibawa ke Malaysia?

Kpop peluk perempuan bertudung

Kpop peluk perempuan bertudung

Sudah pasti ramai yang panas hati dengan apa yang berlaku baru-baru ini. Ada yang marah, ada yang menulis dengan kata-kata sinis dan tidak kurang juga ada yang mempertahankan apa yang dilakukan oleh artis K-Pop tersebut.

Federal Territory Islamic Religious Department (Jawi) will haul up the event organiser of the mini-concert featuring South Korean pop band B1A4, following the band’s inappropriate behaviour during the event. Jawi director-general Datuk Othman Mustapha told Bernama that it was a shameful act for the artistes to hug and embrace the tudung-clad Malay girls. sumber – The Malaysian Insiders

B1A4 kpop

B1A4 kpop

Manakala Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga memberikan pendapat beliau di lama twitternya. Cukup banyak reaksi dengan kata-kata tersebut yang membandingkan “lelaki sejati dengan lelaki K-Pop“.

Twitter KJ Kpop

Memang ramai yang geleng kepala apabila meilhat di konsert sebegini, perempuan bertudung dipeluk, dicium dan perbuatan begitu ditonton oleh jutaan manusia. Apakah masih ada yang seronok, fanatik dan taksub dengan K-Pop?

Kpop peluk perempuan Malaysia

Artis Kpop dan perempuan Malaysia

Sungguhpun begitu, ada pelbagai pendapat yang dikeluarkan.

“Artis di dalam rancangan televisyen Malaysia boleh berpelukan dibolehkan pula atas dasar professional katanya”

Apa pandangan anda selaku rakyat Malaysia?

Kongsi pendapat anda