Konsert Mariah Carey Oktober Depan

Bintang terkenal Mariah Carey bakal mengadakan persembahannya di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.

Penyanyi yang popular menerusi #Beautiful itu memilih Malaysia sebagai destinasi pertama dalam siri jelajahnya di negara Asia sebelum meneruskan aktiviti berkenaan ke Singapura, Filipina, China dan Jepun.

Siri jelajah yang diberi nama Me. I Am Mariah Live In Malaysia 2014 ini adalah sebahagian daripada inisiatifnya untuk mempromosikan album terbaharu beliau iaitu Me. I Am Mariah… The Elusive Chanteuse yang dipasarkan pada Mei lalu.

Rakyat Malaysia boleh bersedia untuk menyaksikan konsert yang berprestij ini selain melihat sendiri aksinya dalam mempersembahkan lagu-lagu yang tentunya meninggalkan kenangan.

Konsert Mariah Carey Stadium Merdeka

Konsert Mariah Carey Stadium Merdeka

Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan ini dijual dengan harga RM650, RM580, RM480, RM380, RM250 dan RM120.

Ia juga boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau menghubungi 03-9222-8811 dan 011-2316-6198 (IME Productions hotline).

Kongsi pendapat anda