Korban Gaza meningkat kepada 162

GAZA: Jumlah kematian ekoran serangan udara oleh Israel ke atas Gaza kini meningkat kepada 162, dengan serangan paling besar pada Sabtu menyebabkan 56 penduduk Palestin maut termasuk seorang kanak-kanak dua tahun dan wanita berusia 73 tahun.

gambar Gaza hancur di serang Israel

Israel terus menempatkan tenteranya di sempadan Gaza bagi menghalang sebarang kemungkinan serangan darat oleh Hamas serta turut memberi amaran kepada penduduk di utara Gaza agar mengosongkan rumah mereka.

Laporan terbaru daripada AFP menyebut, Israel dan Hamas masih enggan mencari jalan damai terhadap sengketa berlarutan antara mereka.

Roket Israel yang menyerang Gaza

Walaupun menerima pelbagai tekanan antarabangsa, kedua-dua pihak dilihat tidak berminat untuk menghentikan serangan yang kini semakin meruncing.

Sementara itu, perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula sebelum ini dengan lantang mengakui bahawa mereka tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa dan akan terus menyerang.

kereta kebal Israel menyerang Gaza

PM Hamas Ismail Haniya pula berkata dengan nada yang sama, “(Israel) yang memulakan keganasan ini dan ia mesti dihentikan, kerana kami (hanya) mempertahankan diri,”

Konflik terbaru ini bermula selepas tiga pemuda Israel diculik dan dibunuh pada bulan lalu dan pembunuhan balas seorang remaja Palestin oleh ekstremis Yahudi.

Israel menyerang Hamas walaupun kumpulan Islam itu tidak mengesahkan mahupun menafikan pembabitan mereka dalam penculikan dan pembunuhan itu.

Israel turut berkata mereka sedang bersiap sedia untuk sebarang serangan darat, dengan kereta kebal dan senjata berat ditempatkan disepanjang sempadan disamping kerahan 33,000 tentera simpanan dan 40,000 yang diluluskan kabinetnya.

Kongsi pendapat anda