Korban Gaza Serangan Israel Mencecah 90

Gaza City – keadaan Gaza semakin parah. 20 orang lagi terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu. Israel menyerang bertubi-tubi siang dan malam dari darat dan udara. Setakat empat hari sudah 90 syuhada gugur di bunuh dengan kejam oleh askar Israel.

Banyak negara termasuk Malaysia telah mengutuk serangan Israel tanpa peri kemanusian. Israel yang degil memang tidak pernah mendengar rintihan rakyat Gaza malah dibuli untuk menghalau umat Islam dari bumi Palestine.

Serangan di Gaza

Israel berkata mereka menyerang markas tentera dan gudang senjata tetapi sebenarnya mereka membedil kawasan perumahan penduduk. Sebilangan besar yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak berdosa. Tentera Palestine membalas serangan Israel dengan melancarkan roket ke kawasan Israel.

Serangan balas ke atas lapangan terbang terbesar di Israel

Buat pertama kalinya pejuang Palestin Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya mensasarkan roket serangan balas menuju Lapangan Terbang Ben Gurion di salah sebuah lapangan terbang yang terbesar di Israel menggunankan roket M75. – sumber Aman Palestin

Mari kita sama-sama berdoa semua ALLAH membantu saudara kita di Gaza dengan mengalahkan musuh Islam, Israel.

Kongsi pendapat anda