Kotak hitam kedua MH17 didakwa ditemui

Kotak hitam kedua pesawat Boeing-777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine telah dijumpai pekerja penyelamat, kata jurugambar Reuters di lokasi.

Ia merupakan kotak yang kedua selepas kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa menjumpai salah satu kotak hitam pesawat itu, yang dikatakan dibawa ke Moscow untuk pemeriksaan.

UKRAINE-AVIATION-ACCIDENT-RUSSIA-MALAYSIA

Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) mendakwa pemberontak di wilayah itu telah berjanji untuk menyediakan bantuan dalam siasatan tragedi penerbangan MH17 dan berkata mereka akan memastikan tahap keselamatan pakar antarabangsa yang melawat kawasan nahas.

Petugas keselamatan bekerja melalui serpihan pesawat yang jatuh dan tersebar dalam beberapa kilometer di kawasan yang dikatakan terhempas.

Pesawat Boeing-777, perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas pada Khamis di Timur Ukraine, berhampiran dengan ibu kota Donetsk, tapak di mana puak pemisah bangkit menentang pemerintahan pusat dari Kiev pada bulan April.

Asamboi menyeru semua rakyat Malaysia bersatu hati di saat susah kerana ALLAH sedang menguji kita.

Kongsi pendapat anda