Kronologi Penipuan Kopi Pak Belalang

Mari kita baca fakta dari Pseudoscience Watch (FB)

1. July 2016 ARBA dah mula pamerkan symptoms tersontot, pulangan bulanan lambat dibayar.

2. September 2016, peserta ARBA 1.0 diarah untuk tukar polisi kepada ARBA 2.0 yang tidak lagi menjanjikan pulangan bulanan, tapi majority peserta tidak setuju.

3. Sebagai gula-gula untuk pujuk peserta tukar, peserta dijanjikan rebate 20% dari modal apabila tukar polisi ARBA 1.0 kepada ARBA 2.0 dan bayaran akan dibuat pada 22 December 2016.

4. Pulangan bulanan untuk December 2016 tidak dibayar, alasan yang Rozaini bagi ialah update system.

5. 21 December 2016 kesemua peserta ARBA 1.0 tukar polisi kepada 2.0.

6. Tiba 22 December sepatutnya rebate 20% dibayar, tapi peserta tak dapat apa-apa.

7.Tiba January 2017, peserta hanya menuntut pulangan bulanan December 2016, tapi Zaini bagi alasan demi alasan, kononnya masalah dengan bank.

8. April 2017, masih tiada apa-apa untuk peserta, alasan pula ialah masalah dengan bank di Indonesia.

9. September 2017, peserta diarah untuk bayar yuran renewal, kalau tak bayar peserta diugut modal akan hangus.

10. October 2017, PPIM gegar pejabat GM Kopi Pak Belalang.

Pencerahan Mengenai Plan Pemasaran ARBA

Kredit: Pseudoscience Watch (FB)

Syarikat ini yang pernah menaja beberapa rancangan termasuk Pencetus Ummah, Gema Gegar Vaganza, Akademi Silat Pendekar Muda dan yang terkini beberapa bulan lalu rancangan Salam Ramadhan bersama Kopi Pak Belalang yg diterbitkan oleh RTM, menerima surat peguam dari penerbit rancangan yg ditaja.

Syarikat ini sudah mengingkari perjanjian untuk pembayaran penajaan rancangan tersebut RM431,940 sehingga surat peguam dihantar 2 kali dari bulan Ogos 2017.

Kongsi pendapat anda