KYROL Internet Security Anti-Virus Buatan Malaysia

Bilangan ancaman malware termasuk virus, spyware, trojan, Worms dan rootkit semakin meningkat hari demi hari. Bukan sahaja bilangannya meningkat malah ancamannya semakin canggih. Semakin banyak penjenayah mengeksploitasi kelemahan dalam sistem rangkaian, sistem operasi dan aplikasi-aplikasi.

KYROL Security Labs, sebuah syarikat tempatan Malaysia telah mengeluarkan produk antivirus bagi tujuan menangani ancaman-ancaman tersebut.

kyrol internet security 2015

KYROL Internet Security buatan Malaysia ini menawarkan ciri-ciri keselamatan kepada komputer / laptop pengguna iaitu dengan fungsi Antivirus, Antispyware, Antimalware, KYROL WEB Filter, USB Protection, USB DLP, Advance Firewall, Real-Time Protection dan banyak lagi.

kyrol antivirus

Pihak KYROL Security Labs turut memberi tempoh percubaan selama 30 hari bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan produk KYROL Antivirus. Selepas 30 hari, pengguna boleh dapatkan versi penuh dengan harga promosi.

Buat masa ini KYROL Internet Security sesuai untuk Windows sahaja.

Layari laman web KYROL Security Labs untuk maklumat lanjut.

 

Kongsi pendapat anda