LalilatulQadar 10 Malam Terakhir Ramadan

Ramadan telah menjelang.

Sedar tak sedar, sudah menjengah 10 malam terakhir di mana ramai yang mencari lailatul qadar.

Lailatulqadar  merupakan satu malam yang khusus terjadi pada bulan Ramadan. Ayat al-Qur’an diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Quran dalam surah Al-Qadr, dan ia lebih baik daripada seribu bulan.

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini merupakan pandangan jumhur ulama dan umat Islam.

Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan.

Bagi orang yang mendapat lailatulqadar ucapkanlah:

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”

Kongsi pendapat anda