Laman Sesawang Pangkalan Data NASA Untuk Kegunaan Umum

website-database-nasa

NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan) secara umumnya telah melancarkan sebuah pangkalan data dilengkapi dengan fungsi carian untuk kegunaan orang ramai.

Pangkalan data mereka memuatkan pelbagai imej yang boleh dimuat-turun untuk dijadikan sebagai bahan rujukan, mahupun koleksi peribadi.

nebula-ketam

Imej Nebula Ketam

Agensi NASA menyediakan lebih 140,000 imej, video dan fail audio untuk diakses.
Maklumat mengenai kamera dan lensa yang digunakan untuk merakam imej juga turut disertakan.

Pihak NASA mengakui bahawa pangkalan data tersebut masih belum menyeluruh dan lengkap, namun mereka akan mengemaskininya dari semasa ke semasa.

galaksi-andromeda

Imej Galaksi Andromeda

Orang ramai boleh mengakses ‘Perpustakaan’ Imej dan Video NASA tersebut di laman sesawang mereka di https://images.nasa.gov/#/

Untuk mengetahui aktiviti terkini NASA, sila ke pautan ini https://www.nasa.gov/

Kongsi pendapat anda