PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan laman web peribadi barunya NajibRazak.com menggantikan laman web 1Malaysia.com.my yang sebelum ini digunakan sebagai blog rasmi dan peribadinya.
Laman web NajibRazak.com mengandungi entri yang pernah beliau paparkan sejak tahun 2008 dari laman web 1Malaysia.com.my selain disertakan gambar, video dan aktiviti-aktiviti sepanjang pembabitan Datuk Seri Najib bergelar Perdana Menteri Malaysia dan sebelum itu Timbalan Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib ada menyatakan perkara ini di dalam akaun Twitter beliau – @NajibRazak.
Alhamdulillah, laman web 1Malaysia berubah wajah. Sy juga lancarkan laman web peribadi baharu. http://t.co/35wI6e4WSd pic.twitter.com/t42gDpiUZu
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 5, 2014
Jom kunjungi http://t.co/3zi4Gp7t4b & http://t.co/ZfMdFv8bkO utk mainkan peranan ke arah Malaysia maju! – Admin pic.twitter.com/c82uBQ8kW0
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 6, 2014
Laman web 1Malaysia.com.my kini berfungsi sebagai platform untuk menerangkan lebih lanjut mengenai konsep 1Malaysia dan dasar kerajaan.