Laporan Awal Tragedi MH17 Dibentang Bulan Ini

Laporan awal tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas, akan dibentangkan oleh jawatankuasa penyiasatan yang berpengkalan di Belanda dalam bulan ini.

 

Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan laporan itu sangat penting bagi memberi panduan untuk siasatan yang lebih terperinci terutama punca sebenar tragedi itu berlaku.

DS-Liow-Tiong-Lai

 

Seramai 298 penumpang dan anak kapal pesawat yang terkorban. Pesawat itu ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Hanya akan ada satu laporan iaitu daripada jawatankuasa penyiasatan yang kita anggotai, tiada laporan berasingan akan dikeluarkan oleh Malaysia atau negara lain yang terlibat.

 

Kongsi pendapat anda