Laporan rasmi MH17 ditembak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Peluru BUK9838-Series yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai, 2014 dibawa dari Rusia.

Maklumat ini didedahkan dalam pembentangan Laporan Siasatan MH17 yang diketuai oleh Kumpulan Penyiasat Bersama (Joint Investigation Team) yang diketuai oleh Belanda di Nieuwegein, Netherlands pada Rabu.

Gambar-gambar tragedi MH17 di SINI.

Penerbangan MH17 ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014. Pada 17 Julai 2015, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) merumuskan dalam siasatannya bahawa pesawat jenis Boeing 777 tersebut terkena peluru berpandu buatan Rusia, BUK.

Ia dilancarkan dari wilayah dikuasai pemberontak pro-Rusia tanpa menyatakan pihak yang bertanggungjawab dalam nahas itu setahun sebelum itu. Namun, Rusia kemudiannya menafikan perkara itu dan meminta Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) membuka siasatan baharu terhadap nahas pesawat MH17

Kongsi pendapat anda