Lee Chong Wei hampakan Lin Dan di Separuh Akhir Olimpik Rio 2016

Pemain badminton negara Lee Chong Wei mengalahkan musuh tradisinya Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki sebentar tadi in Rio de Janeiro. Chong Wei menang dengan kiraan mata  15-21, 21-11, 22-20.

Chong Wei akan bertemu sama ada Denmark Viktor Axelsen atau China, Chen Long dalam perlawanan pingat emas pada hari Sabtu, 20 Ogos.

Ini adalah pertemuan ketiga bagi Chong Wei dan Lin Dan dalam Sukan Olimpik, setelah sebelum ini ditemui di akhir lelaki Beijing 2008 dan Sukan Olimpik 2012 London.

Lin Dan

16 tahun yang lalu mereka tidak menyangka akan menjadi musuh tradisi di dalam sukan badminton.

Lee Chong Wei Olimpik Rio

Lee Chong Wei Vs Lin Dan Olimpik 2016

Pertarungan epik di separuh akhir yang cukup mendebarkan. Kemenangan Chong Wei cukup bermakna kerana telah menempah sekurang-kurangnya pingat perak untuk acara perseorangan. Sudah tentu Dato Lee Chong Wei akan bermain mati-matian untuk pingat emas.

Malaysia akan mempunyai satu lagi peluang pingat emas lewat hari ini apabila pasangan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengambil China Fu Haifeng-Zhang Nan.

#AyuhMalaysiaKu

Kongsi pendapat anda