Lee Chong Wei vs Chen Long OLIMPIK Rio 2016

Pertemuan akhir bagi dua pemain badminton perseorangan lelaki terbaik di Olimpik Rio 2016. Lee Chong Wei dan Chen Long kini di pentas akhir dan semuanya akan berakhir dengan salah seorang akan membawa pulang pingat emas Olimpik Rio 2016.

Dato Lee Chong Wei diharap bakal mengakhiri penantian negara untuk pingat emas pertama Olimpik.

Selepas kemenangan dramatik ke atas Lin Dan dalam pusingan separuh akhir, para peminat sukan mengharapkan agar Chong Wei dapat mengekalkan prestasi untuk menewaskan Chen Long.

Lee Chong Wei Final Rio 2016

Chen Long Final Rio 2016

Selamat maju jaya Dato’ Lee Chong Wei…!

Update :

Set Pertama : Lee Chong Wei 18 – 21 Chen Long
Set Kedua : Lee Chong Wei 18 – 21 Chen Long

#AyuhMalaysiaKu
#GoForGold

Kongsi pendapat anda