Leicester City bangkit tumpaskan Man Utd 5-3

Jaringan gol-gol awal oleh Manchester United bukan bermakna mereka menang. Selagi wisel penamat tidak ditiup, selagi itulah pemain boleh menjaringkan gol.

Selepas Man Utd mendahului Leicester dengan jaringan 3-1, segalanya berubah. Jaringan penalti David Nugent merembat dengan kaki kanan selepas Jamie Vardy dikasari. Hanya selang dua minit, Esteban Cambiasso membuatkan Man Utd lebih kecewa dengan gol di penjuru kanan gawang.

Leicester City vs Man Utd

Jamie Vardy kemudiannya menyumbat gol keempat pada minit ke 79 hasil through ball dari Ritchie de Laet. Ketegangan terus berlaku dan Tyler Blackett dikenakan kad merah kerana secara keras menjatuhkan Jamie Vardy di kotak penalti. Wayne Rooney juga dikenakan kad kuning.

Leonardo Ulloa tidak mensia-siakan sepakan penalti itu apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke 83.

Keputusan penuh :
Leicester City 5 – 3 Manchester United

Kongsi pendapat anda