Lewis Hamilton Juara Grand Prix Singapura

Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Grand Prix Singapura di litar lumba Marina Bay Street malam Ahad.

Ini merupakan kemenangan kedua baginya di sini, yang pertama kali pada 2009 dalam perlumbaan 61 pusingan yang diadakan pada sebelah malam.

lewis hamilton juara grand prix singapura

Dengan kemenangan itu, pelumba Great Britain berumur 29 tahun ini yang mewakili Mercedes AMG Petronas F1 mendahului kejuaraan pemandu sedunia.

Pemandu Red Bull dari Jerman, Sebastian Vettel berada di tempat kedua semantara rakan sepasukannya Daniel Ricciardo di tempat ketiga.

Hamilton mencipta masa 2:0:4.795, Vettel (2:0:18.329) dan Ricciardo (2:0:19.068).

Hamilton kini memperoleh 241 mata, tiga mata mengatasi Rosberg dengan baki lima pelumbaan.

Kongsi pendapat anda