Liverpool Benam Ludogorets 2-1

Steven Gerrard menjaringkan gol kemenangan Liverpool menerusi sepakan penalti untuk membenam Ludogorets 2-1 pada aksi Kumpulan B di Anfield.

The Reds yang beraksi buat pertama kalinya dalam tempoh lima tahun dalam aksi berprestij itu membuka jaringan pertama menerusi Mario Balotelli pada minit ke-82 yang memanfaatkan hantaran Fabio Borini.

Liverpool FC v PFC Ludogorets Razgrad - UEFA Champions League

Namun, juara kelab Bulgaria, Ludogorets menyamakan kedudukan pada minit ke-90 menerusi jaringan Dani Abalo.

Nasib ibarat menyebelahi pasukan kendalian Brendan Rodgers itu apabila pemain lawan, Milan Borjan yang baharu sahaja menyertai Ludogorets melakukan terjahan kasar terhadap Javi Manquillo sehingga memaksa pengadil untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool.

Gerrard muncul wira Liverpool apabila membantu pasukan itu mengutip tiga mata penuh bagi mengiringi Real Madrid yang turut berada di kedudukan teratas Kumpulan B selepas menewaskan Basel 5-1 di Santiago Bernabeu, awal pagi Rabu.

Kongsi pendapat anda