Lokasi Konstabel Zakia yang diculik tidak diketahui

SEMPORNA: Anggota polis Marin, Konstabel Zakia Aliep, 26, yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, pada Sabtu malam dipercayai masih hidup dan ditawan di lokasi yang tidak diketahui.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Zakia ada menghubungi isteri, Sharifah Erna Berson malam tadi menyatakan dia selamat meskipun kini ditahan oleh penculik.

gambar Pulau Mabul Sabah

Kejadian serangan oleh sekumpulan lapan lelaki pada 11.10 malam Sabtu lepas itu, turut mengorbankan rakan sekerja Zakia, Koperal Abul Rajah Jamuan, 32 tahun.

Menurut Khalid, polis secara dasarnya mengetahui identiti beberapa individu yang terlibat dalam serangan hendap pada malam Sabtu lepas.

Setakat ini, katanya polis tidak menerima sebarang permintaan wang tebusan daripada kumpulan penculik berkenaan. Dalam pada itu, Khalid berkata pihaknya telah meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pusat peranginan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Berdasar beberapa berita kejadian ini adalah balas dendam daripada penguatkuasan yang semakin ketat di kawasan perairan Sabah.

Asamboi mendoakan semua arwah Koperal Abul Rajah Jamuan ditempatkan bersama mereka yang mati syahid kerana terkorban demi mempertahankan negara Malaysia. Doa juga dipanjatkan semuga Konstable Zakia Aliep dapat diselamatkan segera.

Al Fatihah.

 

Kongsi pendapat anda