Luis Suarez akhirnya meninggalkan Liverpool

Peminat Liverpool sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada penjaring terbanyak BPL musim 2013/14 yang Luis Suarez kerana Barcelona dan Liverpool telah mencapai persetujuan penghijrahan dengan yuran perpindahan lebih kurang 70 juta pound.

Luis Suarez akhirnya meninggalkan Liverpool

Luis Suarez akhirnya meninggalkan Liverpool

Barcelona tetap mahu membeli Suarez walaupun baru sahaja di gantung oleh FIFA gara-gara mengigit pemain Italy ketika perlawanan pusingan kalah mati Piala Dunia 2014. Jersi Suarez bernombor 9 sudah dijual oleh Barcelona walaupun pemakai asal Alexis Sanchez ketika itu belum dijual kepada pasukan lain. Alexis Sanchez baru sahaja menanda tangani kontrak panjang untuk bersama Arsenal.

Luis Suarez memilih Barcelona untuk meneruskan kerjaya profesionalnya

Luis Suarez memilih Barcelona untuk meneruskan kerjaya profesionalnya

Persaingan pasti sengit dalam team Barcelona dengan adanya tiga superstar iaitu Messi, Neymar dan Suarez. Salah satu pasti akan tewas, siapalah agaknya. Kepada Liverpool Fan jangan bersedih pasti ada penganti yang lebih hebat penganti Luis Suarez.

Kongsi pendapat anda