M.Nasir & Kembara Bakal Muncul Selepas 30 Tahun

Kumpulan popular sekitar tahun 1980-an iaitu Kembara bakal membuat kemunculan semula selepas hampir 30 tahun tidak tampil dengan sebarang album baharu mahupun persembahan.

Vokalis utamanya, Datuk M.Nasir berkata, mereka akan disatukan dalam Konsert Hati Emas Kembara yang akan diadakan selama tiga hari berturut-turut di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 hingga 23 November depan.

BH_20130110_NNKEMBARA_347894e“Alhamdulillah impian untuk bersatu kembali dengan kesemua anggota asal Kembara terlaksana khas untuk peminat-peminat yang masih meminati dan merindui kami.

“Insya-Allah konsert itu nanti akan menjadi antara yang terbaik daripada kami dalam memberi peluang kepada peminat mengimbau kenangan selain membuka peluang kepada generasi baharu untuk mengenali siapa ‘Kembara’,” katanya.

M.Nasir ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya di sini pada Khamis.

Kongsi pendapat anda