Mahkamah Hak Asasi Manusia Kekal Larangan Berpurdah Di Perancis

Hak Asasi Manusia Eropah mengekalkan keputusan larangan memakai purdah oleh kerajaan Perancis terhadap kaum wanita Islam di negara itu.

Kes itu sebelum ini dibawa ke Mahkamah Hak Asasi Manusia oleh seorang wanita Perancis kerana larangan itu didakwa melanggar hak pemakaian masyarakat Islam.

Undang-undang Perancis melarang sesiapa sahaja memakai pakaian yang menutup muka dan mereka yang ingkar akan dikenakan denda 150 Euro.

Undang-undang itu diperkenal oleh bekas Presidennya, Nicolas Sarkozy pada tahun 2010.

purdah

Mahkamah Hak Asasi Manusia Kekal Larangan Berpurdah Di Perancis

Perancis mempunyai lima juta penduduk tetap beragama Islam yang mewakili jumlah masyarakat Islam terbanyak di Eropah.

Daripada jumlah itu seramai 2,000 wanita Islam memilih memakai purdah.

Kongsi pendapat anda