Majlis Makan Malam Meriah dan Mesra

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lalu penulis menerima satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor yang mana ianya disambut dengan penuh meriah dengan bertemakan “Majestic Saphire” (Blue +Black) di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi.

barisan-tetamu-yang-hadir

Majlis makan malam ini dibuat buat julung-julung kalinya dengan bersempena menyambut ulang tahun penubuhan persatuan ini buat kali ke-25.

Hampir 300 tetamu yang hadir dan tidak putus-putus bermula dari jam 7:00 malam sehingga ke jam 11:00 malam.

sp-3 sp-4

Pada majlis itu juga turut dilancarkan buku pengkisahan penubuhan dan juga laman sesawang rasmi yang disempurnakan oleh Saudara Raimi sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.

Tetamu turut dihiburkan dengan beberapa persembahan lain seperti silat, nasyid, sajak, alunan gamelan yang diselang-selikan dengan penyampaian cabutan bertuah, tayangan video khas dan sesi perkongsian khas oleh Presiden persatuan yang pertama iaitu Saudara Nizal Mohamad.

sp-7 sp-10

Terima kasih kepada pihak penganjur diatas jemputan dan makan yang sungguh enak. Tahniah juga diucapkan diatas penganjuran majlis ini.

sp-5 sp-2 sp-1 sp-9 sp-8 sp-6

Kongsi pendapat anda