Makanan Halal Semakin Mendapat Tempat di Thailand

buddha-thailandThailand dengan majoriti penduduknya merupakan penganut Buddha, sedang mengembangkan industri makanan mereka agar menepati piawai halal.

Walaupun penduduk beragama Islam di negara tersebut hanya seramai lingkungan 5% dari total populasi, namun penerokaan ke dalam industri makanan halal bagaikan satu lubuk emas.

Ini terbukti daripada jumlah pelancong Muslim yang datang ke negara tersebut meningkat dari 25 juta kepada 117 juta sepanjang tahun 2000 sehingga 2015.

pelancong-muslim-di-thailand

Malah, kerajaannya juga menganggarkan industri makanan halal di negara Siam itu telahpun mencecah nilai $6 billion setahun.

Dalam tempoh 15 tahun, syarikat industri pemakanan yang telah mendapat sijil halal bertambah dari 500 buah kepada 6000 buah syarikat.

Lebih menarik apabila sebuah hotel di bangkok yang berkonsepkan ciri mesra Muslim mempromosikan kelainan mereka.

al-meroz-halalHotel Al Meroz di Bangkok menghidangkan sajian makanan halal dan tidak menghidangkan alkohol, malah hotel tersebut mendapat sijil halal.

Untuk keselesaan pengunjung Muslim juga, mereka siap menyediakan bilik khusus untuk sembahyang.

almeroz-bilik-solat

 

Kongsi pendapat anda