Makanlah, Asalkan Jangan Membazir

Ramli Che Ngah, 52, merayu agar pelancong datang ke kebunnya dan makan buah secara percuma. Ini bukan khayalan ya, ini realiti.

Beliau berkata “Tolonglah datang, makan percuma pun tak apa. Saya sedih tengok buah buruk begitu sahaja, nak jual pun tak laku, lambat laun jadi baja,”

buah-langsat

Jangan terkejut kerana beliau memiliki kebun yang berkeluasan 1.6 hektar dan mempunyai 100 pokok rambutan, 20 pokok rambai, 150 pokok dokong dan selebihnya petai. Ya Allah sungguh segar dan menjadi semua hasil buah-buahan tanaman beliau.

Beliau pernah juga untuk menjual semua buah-buahan ini tapi untung sikit. Seperti yang berlaku tahun-tahun sebelum ini. Jualan tak berapa memberansangkan dan akhirnya buah menjadi busuk.

Daripada busuk lebih baik beliau sedekah dengan cara sebegini. Jadi kepada mereka yang berada berhampiran dengan Rantau Panjang (Kelantan), mai lah singgah.

Mudah-mudahan murah rezeki keluarga beliau. Amin.

pakcik-ramli

Kongsi pendapat anda