Maklumat MH370 Diceroboh Penggodam

Beberapa buah komputer milik pegawai tertinggi agensi kerajaan yang terlibat dalam penyiasatan MH370 didakwa telah digodam dan maklumatnya dicuri.

Maklumat yang dicuri didakwa dihantar ke China sebelum transmisi itu disekat manakala komputer terlibat dimatikan serta-merta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Maklumat MH370 Diceroboh Penggodam

Maklumat MH370 Diceroboh Penggodam

Pakar keselamatan negara siber mendedahkan, satu perisian (malware) canggih digunakan dan menyamar sebagai artikel berita melaporkan tentang kehilangan Boeing 777 telah dijumpai, email dihantar kepada pegawai-pegawai pada 9 Mac, sehari selepas pesawat Malaysia Airlines hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Turut dilampirkan dalam email tersebut seperti dokumen dengan format PDF dan perisian tersebut akan mengeluarkan virus apabila pengguna menekan butang klik padanya.

Pegawai-pegawai di Jabatan Penerbangan Awam, Majlis Keselamatan Negara dan Malaysia Airlines adalah antara yang disasarkan oleh penggodam.

Kongsi pendapat anda