Wabak Malaria

1-demam-malaria

Tajuk artikel hari ini ringkas dan padat. Ini berikutan terjadinya beberapa kes baru-baru ini di Kedah yang disahkan positif malaria.

Seramai 41 Orang Asli Pos Kemar, Gerik, didapati positif malaria sejak beberapa lalu dan terkini, tiga kes dikesan pada 16 November yang lalu.

Ia membabitkan 24 kes yang dihidap oleh lelaki, manakala 17 kes adalah wanita, dengan 24 kes dalam kalangan kanak-kanak.

Berikutan kes ini telah mula timbul kesedaran orang ramai untuk mencegah wabak ini daripada merebak.

“Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat”

Penulis menasihatkan agar pembaca semua supaya mengambil langkah-langkah waspada. Sayangilah orang sekeliling kita.

Buat masa ini belum ada lagi vaksin untuk merawat. Kebiasaannya doktor akan memberi atau menyuntik ubat pencegahan kepada mereka yang ingin ke luar negara.

Walauapapun kena selalu berhati-hati.

Ini ialah info ringkas tentang malaria dan cara mencegahnya.

2-demam-malaria

Kongsi pendapat anda