Malaysia Pecah Rekod Dunia ‘Selfie’ Terbanyak

Sekumpulan 665 rakyat Malaysia semalam cuba memecahkan ‘Guinness World Record’ bagi paling banyak rakam gambar sendiri atau Selfie dalam masa satu jam, semalam.

Pelajar Muhammad Hazwan Md Nor, 20, yang menyertainya, mengambil gambar bersama sekurang-kurangnya 10 orang satu minit Acara itu diadakan di Perkampungan Sains, Teknologi dan Inovasi sempena minggu merdeka di ibu negara. Ia hasil inisiatif Yayasan Inovasi Malaysia, di Bawah Kementerian Sains, Inovasi Dan Teknologi. Daripada 665 Selfie itu, 52 dibatalkan oleh saksi-saksi dengan baki 613 selfie untuk dipertimbangkan dalam percubaan untuk memecahkan rekod sekarang iaitu 421.

rekod Selfie Malaysia

Keputusan rasmi dijangka diumumkan oleh Pegawai Guinness dalam masa sebulan. Minggu Merdeka ini diadakan buat julung kalinya sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-57. Ia memperkenalkan 11 perkampungan dengan menampilkan pelbagai acara dan pameran menarik buat pengunjung.

Nota : Kalau selfie sambil makan pisang, Asamboi gayat!

Kongsi pendapat anda