Malique muncul di #AME2017 , Mata ketiga bukan Dajjal

Pasti ramai yang teringatkan lagu kumpulan Too Phat. Dan malam tadi Malique muncul membuat persembahan di Anugerah Meletop ERA 2017 selepas 11 tahun menyepi.

Penyanyi rap dan komposer Malique menjelaskan mata ketiga pada kulit album terbaharunya, Malique TKO: Pejamkan Mata tidak ada kaitan dengan Dajjal seperti yang dicemuh segelintir netizen.

Malique menerusi sebuah kenyataan kepada Astro Gempak berkata, gambar mata ketiga yang mencetuskan kontroversi itu sebenarnya membawa maksud sebagai mata hati.

“Gambar mata ketiga itu tafsirannya ialah, jangan kita menghukum sesuatu perkara menerusi mata luaran, sebaliknya gunakanlah mata hati. Mungkin ramai tidak tahu mesej cuba disampaikan iaitu jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan.

“Sebaliknya pandang dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya,” Malique

Terdahulu, sejak album ini dikeluarkan secara dalam talian, pelbagai reaksi negatif mencemuh kulit album tersebut sebagai menyerupai makhluk Dajjal.

“Kehadiran Malique” yang merupakan bekas anggota Too Phat di Anugerah Meletop ERA 2017 telah mencetuskan polemik tentang kehadirannya. Ada yang mengatakan hanya dummy, miming dan di sebalik tabir.

Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangannya sejak dahulu lagi tahu akan gerak geri cara tariannya. Manakala ada generasi baru yang masih tertanya-tanya siapakah Malique.

Walau apapun, tahniah diucapkan kepada Dayang Nurfaizah dan Malique serta pengurusan Astro yang dapat mengembalikan rindu lagenda ini.

Kongsi pendapat anda