Manfaat Main Kotor

Main kotor. Apa yang pertama sekali terlintas di fikiran, ya?

Main kotor dari segi bahasa boleh diertikan dengan beberapa maksud.
Ia boleh bermakna suatu tindakan helah dan khianat, atau aktiviti fizikal bermain dengan sesuatu yang kotor.
Artikel kali ini menjurus kepada maksud kedua.

main-tanah

Eh, kotorlah!

Kekotoran sering dikaitkan dengan kesihatan. Pada zaman sekarang, di mana pelbagai penyakit semakin banyak tersebar, ia menimbulkan kerisauan, terutama kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Demi kemaslahatan anak mereka, ibu bapa kini cenderung untuk memastikan anak mereka sentiasa di dalam kondisi yang terbaik, sehingga mungkin ada yang alergik dengan sebarang bentuk kuman. Ironiknya, penyakit tetap datang menyerang, paling kurang sakit demam selesema yang berpanjangan.

Manusia, terutama anak kecil perlu pada pendedahan kotoran dalam keadaan yang terkawal. Beberapa pakar kanak-kanak di Britain dan Australia misalnya, amat menggalakkan kanak-kanak bermain dengan tanah dan lumpur.

main-lumpur

Kanak-kanak di Jepun juga didedahkan dengan bermain lumpur.

Sistem imunisasi manusia akan lebih terbina apabila ia dapat bertemu dengan lebih banyak jenis bakteria. Seperti yang dinyatakan Yakult, bakteria terdiri dari jenis yang baik dan tidak. Bakteria baik merupakan bakteria yang mampu menguatkan sistem imun badan.

Apabila sistem imun ini dapat bertemu dengan lebih banyak bakteria, ia dapat mengenalpasti yang mana satu baik dan sebaliknya. Ia lantas dapat berfungsi sebaiknya untuk menghalang bakteria jahat apa diperlukan, dan relaks sahaja apabila bakteria baik dikesan.

Mungkin sebab tu budak kampung lebih lasak?

Kongsi pendapat anda