Mario Balotelli berhijrah ke Liverpool

LIVERPOOL – Mario Balotelli mampukah membuat impak segera sebaik saja menyertai Liverpool. Bekas penyerang Manchester City itu bakal melengkapkan perpindahan bernilai 16 juta pound (RM84 juta) ke Anfield pada Isnin depan selepas Liverpool dan AC Milan mencapai persetujuan.

gambar Mario Balotelli

Rodgers memberi jaminan kepada Sturridge bahawa dia tidak perlu berasa bimbang tentang ketibaan Balotelli kerana tetap akan menjadi watak penting pasukan.

Bos Reds itu turut menolak dakwaan bahawa Sturridge mungkin melihat Balotelli sebagai pencabarnya dan berkata, bintang England itu sepatutnya gembira dengan penyertaan pemain tersebut.

Adakah budak nakal Mario Balotelli dapat menganti kehebatan budak nakal Suarez yang sudah berhijrah ke Barcelona.

 

Kongsi pendapat anda