Maxis Lancar Pelan Internet Berbual, Teks Tanpa Had

MaxisONE™ plan yang baru sahaja dilancarkan adalah satu kejayaan penting bagi Maxis, di mana ia membolehkan para pelanggan berhubung dan berkomunikasi dengan bebas sepertimana yang mereka inginkan. Ia adalah satu-satunya pelan internet yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, pengalaman internet ‘Sentiasa Terhubung’ dan perantauan tanpa berasa bimbang.

Untuk membolehkan pelanggan menikmati pelan ini dengan serta-merta, Maxis telah memperkenalkan pelbagai peranti baru di mana 4 daripada peranti tersebut boleh didapatkan secara PERCUMA termasuk HTC Desire 310, Huawei Y530 dan Samsung Galaxy Ace 3 bersama dengan MaxisONE™ Plan, dan Huawei Y330 bersama dengan MaxisONE™ Plan Lite. Peranti lain yang boleh didapatkan pada nilai hebat termasuk Sony Xperia Z2 & M2, Xiaomi Mi3 dan HTC Desire 816.

MaxisONE plan

Dalam satu kenyataan, Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis Dushyan Vaithiyanathan berkata pelan itu sejajar dengan keperluan pelanggan di rantau ini, dengan suara dan SMS kekal cara penting berkomunikasi.

Menerusi pelan MaxisONE, kami mahu pelanggan di Sabah dan Sarawak tidak bimbang apabila semasa berhubungan antara satu sama lain, sama ada melalui panggilan, SMS, melayari Internet atau sentiasa bergerak,” kata Dushan.

Peranti percuma dengan MaxisONE plan

Tawaran MaxisONE™ Plan

  • Telefon pintar baru ditawarkan dengan MaxisONE™ plan : Dari pelbagai peranti baru yang ditawarkan, 4 model boleh didapatkan secara PERCUMA dengan pelan tesebut, untuk anda mula menikmati tawaran ini dengan serta-merta.
  • Panggilan suara (talian mudah alih & tetap) dan SMS adalah tanpa had ke semua rangkaian: Anda tidak perlu lagi bimbang mengenai bayaran bagi panggilan atau SMS.
  • Internet adalah Sentiasa Terhubung: Walaupun anda telah kehabisan kuota berkelajuan tinggi yang diperuntukkan, anda boleh terus berlayar dengan internet asas percuma. Data tambahan atau ‘data boosters‘ boleh didapatkan dari serendah RM10 untuk 200MB.
  • Merantau dunia (106 negara) pada satu kadar rata sebanyak RM38 sehari: Dengan satu kadar rata, anda tidak lagi dikenakan caj bayar bila guna (pay-per-use charges) apabila merantau.

Para pelanggan Maxis yang sudah melanggan pelan pascabayar sedia ada boleh menukar atau menaiktaraf kepada MaxisONE™ Plan selagi mereka tidak terikat dengan kontrak. Untuk mendaftar, sila lawati mana-mana Pusat Maxis atau kedai Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara, atau lawati Maxis Online Store.

Dapatkan peranti percuma untuk menikmati MaxisONE™ plan dengan serta merta. Untuk maklumat lanjut mengenai MaxisONE™ Plan, sila layari www.maxis.com.my

Kongsi pendapat anda