MBPJ roboh bangunan haram di Taman Dato’ Harun

MBPJ telah melakukan operasi roboh struktur bangunan haram di PJS 2/1 Taman Dato’ Harun pada jam 9.00 pagi hari ini. Sebanyak 16 struktur haram telah dikenal pasti dan pada hari ini 6 buah struktur haram telah berjaya di lakukan. Operasi ini akan diteruskan sehingga semua struktur haram berkenaan dirobohkan.

Pihak MBPJ menerima banyak aduan mengenai kawasan berkenaan kerana kebanyakkan struktur yang dibangunkan di sana menyebabkan banjir serta pembiakan denggi.

pecah gerai

operasi mbpj

jentolak roboh

Pihak MBPJ telah melakukan pemantauan dan dapati ada sesetengah pemilik premis menutup saliran longkang dan ini menyukarkan kerja pembersihan dilakukan sekiranya berlaku saliran tersumbat, seterusnya denggi makin membiak di longkang-longkang berkenaan.

Disamping itu, ada juga struktur yang menghalang pejalan kaki, ini menyusahkan orang ramai dan boleh berlakunya kesesakan dikawasan berkenaan.

roboh gerai

penguatkuasa mbpj

jentolak mbpj

Diharapkan operasi ini menjadi iktibar kepada orang ramai/peniaga supaya lebih peka untuk tidak menyalahi undang-undang.

Kongsi pendapat anda