Mei ini: Showcase Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Sandra Mentor

sidangmedia-showcase-aimansufiansandra

Hari ini, 27 April 2017, telah berlangsung sidang media untuk hebahan Showcase Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Sandra Mentor di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Menurut Pengarah MaTiC, Encik Zain Azrai Rashid, tujuan program ini diadakan adalah untuk;

  • menengahkan bakat-bakat muda di dalam industri kreatif,
  • menengahkan MaTiC sebagai salah satu tempat untuk para artis mengadakan persembahan dan pertunjukan dengan fasiliti yang terbaik.

Persembahan secara ‘live‘ dengan iringan band profesional itu nanti akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh: 5, 6 dan 7 Mei 2017
Tempat: Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Masa: 8:45 malam – 10:00 malam
Harga Tiket: RM60

Turut sama menjayakan program Showcase itu ialah dengan kerjasama strategik syarikat Laga Emas Entertainment, GT Group, Insthink Media dan syarikat Elang Wah Sdn Bhd.

Untuk tempahan tiket, hubungi 017 2097 482 / 010 2323 717

Kongsi pendapat anda