Mengubah Gaya Aksara Artikel WordPress

Jika anda merupakan pengguna tegar Microsoft Word, pasti anda dapat menyesuaikan diri apabila melihat dashboard untuk menambah artikel baru di dalam WordPress.

dashboard-new-post

Namun begitu, mungkin bagi yang sudah biasa bermain saiz fon di Microsoft Word akan tercari-cari, bagaimana caranya untuk mengubah saiz tulisan di WordPress?
Terutama untuk membezakan antara tajuk penulisan dan isi.

penggunaan-font-style-twenty-seventeen

Contoh di atas menunjukkan penggunaan heading yang berbeza mampu menghasilkan saiz dan gaya aksara yang berlainan.

Jadi, bagaimanakah cara untuk mengakses heading tersebut?

Secara asasnya, penggayaan penulisan di WordPress telah disetkan kepada ‘Paragraph’.
Jadi untuk mengubahnya, klik kepada kotak yang tertulis ‘Paragraph’ tersebut.

gaya-penulisan

Setelah anda klik bahagian tersebut, anda akan dapati senarai gaya penulisan dari ‘Paragraph’Heading 1′ sehingga ‘Heading 6’ dan gaya ‘Preformatted’.

senarai-gaya-penulisan

Untuk penggunaan heading, sebaiknya ia digunakan untuk merujuk kepada tajuk dan sub-tajuk.
Biasanya, semakin besar nombor heading, semakin kecil saiz fon.

Maka gunakan saiz heading dengan baik. Gunakan turutan dengan betul tanpa melompat-lompat dari satu saiz ke saiz yang lain.

Contoh, jika anda mulakan tajuk anda dengan ‘Heading 1’, susuli sub-tajuk berikutnya dengan ‘Heading 2’, kemudian baru ‘Heading 3’ dan seterusnya.
Diingatkan, seeloknya sesebuah halaman mempunyai ‘Heading 1’ muncul sebanyak satu kali sahaja.

Untuk pengetahuan anda juga, gaya dan saiz fon pada heading berbeza-beza mengikut tema WordPress yang digunakan.

penggunaan-font-style-twentyfifteen

Contoh penggunaan heading yang berbeza dengan tema twenty fifteen.

penggunaan-font-style-twentysixteen

Contoh penggunaan heading yang berbeza dengan tema twenty sixteen.

Untuk mengetahui bagaimana rupa gaya aksara dengan heading yang berbeza ketika memilih tema baru, klik pada ‘preview’ pada tema yang ingin dipilih dan perhatikan senarai heading di bawah tajuk ‘Element’.

theme-preview-element

Penggunaan heading yang baik di dalam sesebuah artikel secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan SEO kerana Google akan menilai artikel anda sebagai artikel yang lebih berkualiti.

Semoga bermanfaat!

Kongsi pendapat anda