MH136 Hentikan Pelepasan Elak Kemalangan

SEBUAH pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang baru berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide di Australia pagi tadi dilaporkan terpaksa menghentikan penerbangannya sebentar bagi mengelak bertembung dengan sebuah pesawat lain.

Kejadian itu menimbulkan ketakutan kepada 167 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur itu, menurut New Straits Times.

Katanya, pesawat itu baru mula berlepas apabila menerima arahan Pusat Kawalan Udara Adelaide untuk berhenti kerana terdapat pesawat yang hendak mendarat. Menurut NST, pesawat yang sedang hendak mendarat itu berada pada landasan yang sama di mana pesawat MAS itu hendak berlepas.

MH 136 adelaide

“MH136 menghentikan penerbangan dengan selamat dan menunggu hingga tamat waktu ‘cool-down’ yang diperlukan oleh brek sebelum berlepas meninggalkan Adelaide,” katanya.

Ia meninggalkan Adelaide pada jam 8.56 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 3.15 petang.

Bulan ini industri penerbangan mengalami tiga bencana yang melibatkan pesawat berlaku dalam jarak masa dua minggu. Pada 17 Julai, MH17 ditembak oleh peluru berpandu di timur Ukraine, mengorbankan semua 15 anak kapal dan 283 penumpangnya.

Pada 23 Julai, pesawat TransAsia Airways GE222 tersasar semasa sedang membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung di Taiwan, mengakibatkan 48 kematian dan 10 orang cedera.

Pada 24 Julai, pesawat Air Algerie 5017 terhempas di Mali selepas meninggalkan Burkina Faso menuju Algeria. Kesemua 118 anak kapal dan penumpang terkorban.

-sumber The Malaysian Insider-

Kongsi pendapat anda