MH17 dua lagi jenazah mangsa nahas akan tiba Ahad

KUALA LUMPUR: Pesawat komersial Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH19 yang membawa dua lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 berlepas jam 12.50 tengah hari Sabtu waktu tempatan (6.50 petang waktu Malaysia).

Pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Belanda itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.51 pagi Ahad waktu Malaysia.

gambar Ng Shi Ing

Pada satu sidang akhbar siang tadi, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata ketibaan jenazah Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar dan Mendiang Ng Shi Ing akan disambut dengan satu istiadat tanda penghormatan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dif-dif terhormat dan keluarga mangsa akan hadir untuk menerima ketibaan kedua-dua rakyat Malaysia ke pangkuan keluarga tersayang, kata Liow.

Pada hari Jumaat, 22/8/2014, 20 jenazah telah dibawa pulang dan telah disemadikan dilokasi yang dikehendaki oleh keluarga mangsa. Semuga baki jenazah akan dapat dibawa pulang segera.

Kongsi pendapat anda