MH17 : Pasukan DVI Malaysia Sahkan Mayat

Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) antarabangsa mengesahkan ada mayat warga Malaysia sudah diperiksa bagi proses pengenalan identiti, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ia adalah antara 126 beg mayat yang sudah dibuka dan diproses daripada 226 keranda diterima oleh pasukan DVI antarabangsa. Katanya, kerajaan akan membuat ketetapan berhubung penghantaran pulang jenazah ke tanah air, selepas proses lanjut yang dijangka mengambil masa dua minggu. 

“Kerajaan akan mengisytiharkan tarikh itu sebagai hari berkabung di seluruh negara dan mengatur majlis rasmi bersesuaian bagi memastikan ia dilakukan secara terhormat dan bermaruah,”

mayat MH17

MH17 terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia jatuh di Donetsk, Ukraine timur berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai telah ditembak jatuh , tetapi sehingga hari ini tiada siapa yang mendakwa bertanggungjawab bagi perbuatan yang keji.

Kongsi pendapat anda