MH17 Terhempas di Ukraine?

Pesawat Malaysia Airlines membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal terhempas di Ukraine berhampiran sempadan negara dengan Rusia, menurut laporan Interfax.

Jurucakap Malaysia Airlines memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai maklumat pada masa ini. Penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan pesawat itu ditembak oleh peluru berpandu darat-ke udara.

MH17 reuters

Ukranian Air Traffic

Agensi Ukraine Trafik Udara laporkan disahkan pesawat Malaysia Airlines terhempas berhampiran sempadan Ukraine-Rusia. Reuters, memetik Interfax juga, melaporkan bahawa pesawat itu ditembak jatuh pada ketinggian 10 km di atas timur Ukraine, yang menjadi medan pertempuran perang antara  tentera kerajaan Ukraine dan pemberontak pro-Rusia.

Malaysian airlines plane shot down

“Malaysia Airlines has lost contact of MH17 from Amsterdam. The last known position was over Ukrainian airspace. More details to follow” https://twitter.com/MAS

Kongsi pendapat anda