MH17:Lagi Identiti Rakyat Malaysia Dikenalpasti

Dua lagi identiti rakyat Malaysia dalam insiden penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dikenal pasti.

Kedua-dua itu adalah anak kepada kakitangan Shell Tambi Jiee, namun namanya masih belum disahkan.

mh17-crash

Pengumuman lebih lanjut akan dibuat pada Isnin oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tambi Jiee, 49, turut terbunuh dalan insiden itu bersama dengan isterinya, Ariza Ghazalee,47, dan empat orang anak mereka – Muhammad Afruz,13, Marsha Azmeena,15, Muhammad Afzal,17, dan Muhammad Afif,19.

Jenazah Ariza dan Muhammad Afif antara mangsa terawal tiba di Malaysia dari Amsterdam pada 22 Ogos lalu.

Liow berkata, pihaknya kini sedang membuat persediaan untuk membawa balik jenazah Tambi Jiee dan seorang mangsa bayi berusia setahun, Benjamin Lee Jian Han.

Bayi lelaki itu bersama ibunya, Ng Shi Ing,33 yang bertugas sebagai pensyarah Universiti Sabah dan ibu saudaranya Ng Lye Ti,30 berada dalam pesawat malang itu pada 17 Julai lalu.

Manakala jenazah Shi Ing dan Lye Ti telah dibawa pulang berasingan.

“Kami merancang untuk mebawa balik jenazah Tambi Jiee dan Lee pada Selasa ini,” katanya sambil menambah jumlah 35 daripada 44 mangsa dari Malaysia telah dikenalpasti.

Kongsi pendapat anda