Microsoft Surface Pro 3 harga dari RM2,729

MICROSOFT Malaysia secara rasminya telah melancarkan tablet Surface Pro 3 ke pasaran tempatan selepas diperkenalkan pada 20 Mei 2014. Microsoft Surface Pro 3 merupakan tablet terbesar di dalam kumpulan Siri Surface.

Microsoft Surface Pro 3 direkabentuk sepenuhnya berasakan Magnesium dengan ukuran dimensi (292 x 201 x 9 mm) dan mempunyai berat keseluruhan 798 gram.

Microsoft Surface Pro 3

Surface Pro 3 hadir dengan skrin paparan ClearType Full HD berukuran 12-inci yang mempunyai resolusi 2160 x 1440 piksel dan mempunyai kepadatan piksel 216ppi.

Terdapat beberapa versi tablet ini yang mana perbezaanya adalah pemproses yang berlainan (Intel Core i3 atau i7) dengan dua pilihan RAM iaitu 4GB dan 8GB manakala kapasiti memori simpanan dalaman bermula dari 64GB sehingga 512GB. Surface Pro 3 juga disertakan dengan stylus pen.

Microsoft Surface Pro 3

Harga Microsoft Surface Pro 3 pasaran Malaysia

Berikut adalah versi yang ditawarkan di pasaran tempatan berserta harga jualannya:

Intel Core i3, 64GB – RM2,729
Intel Core i5, 128GB – RM3,299
Intel Core i5, 256GB – RM4,199
Intel Core i7, 256GB – RM4,999
Intel Core i7, 512GB – RM6,779

Selain itu, Surface Pro 3 juga hadir dengan kamera hadapan dan belakang yang sama iaitu 5MP dan mampu merakam video 1080p, beroperasi menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 8.1 PRO, pembesar suara DOLBY stereo, USB 3.0 dan banyak lagi.

Microsoft Surface Pro 3 ini akan dijual di semua pengedar rasmi produk Microsoft dan kedai-kedai elektronik terkemuka seluruh negara mulai hari ini di dalam warna ‘silver’ dan pembelian boleh juga dibuat secara online di halaman Microsoft Surface.

Kongsi pendapat anda