Militan Pro-Rusia Mengaku Tembak Jatuh MH17

Sebuah akhbar harian Itali melaporkan pengakuan mengejutkan oleh militan pro-Rusia yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada Khamis lepas. Corriere della Sera hari ini melaporkan temubual dengan militan yang tanpa berselindung berkata mereka tersalah anggap pesawat komersial itu adalah pesawat tentera Ukraine.

Laporan itu diteruskan dengan militanberkata beliau dan rakan-rakan unit ‎diberitahu agar bersedia untuk berdepan tentera Ukraine, yang terselamat daripada pesawat tentera disyaki, sebaik sahaja mendarat.

Pendedahan ini mengejutkan selepas lima hari pemimpin pemisah Igor Girkin menyiarkan di media sosial pemberontak bertanggungjawab terhadap insiden MH17, mendakwa mereka menembak jatuh pesawat yang disangka milik tentera Ukraine.

MH17

Dalam posting itu, yang dilaporkan dibuat kira-kira 30 minit selepas kejadian, Girkin menulis “Di Torez, kami menjatuhkan kapal terbang, AN-26. Ia terletak di suatu tempat di Progress Mine. Kami mengeluarkan amaran agar tidak terbang di ruang udara kami.”

Posting itu dipadamkan tidak lama kemudian, apabila mendapat tahu pesawat ditembak jatuh itu adalah pesawat awam.

Kongsi pendapat anda