MOSTI: Cuaca panas dijangka sehingga Mac 2016

Cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah dijangka akan turut dirasai seluruh Semenanjung pada penghujung Januari hingga Mac 2016. Keadaan yang sama dijangka berlaku di Sabah dan Bahagian Limbang dan Miri di Sarawak.

Keadaan ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016.

Mosti 8 Januari

Fenomena El Nino kuat ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20% – 60% dan kenaikan suhu sekitar 0.5°C hingga 2.0°C berbanding biasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya berjimat cermat dalam penggunaan air dan mengurangkan aktiviti luar semasa cuaca panas berlaku.

Kongsi pendapat anda