“Mr Bean” Rowan Atkinson Bercerai dalam 65 saat

Pelawak terkenal dunia, Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Sebastian Atkinson diceraikan isterinya, Sunestra Sastry setelah  24 tahun mendirikan rumah tangga.

Sastry mengambil keputusan untuk berpisah dengan alasan Atkinson ‘Berkelakuan Tidak Munasabah’ kerana menjalinkan hubungan dengan seorang aktres, Louise Ford yang jauh lebih muda muda daripadanya.

Rowan-Atkinson-Louise-F

Atkinson, 64 dan Ford, 32 berkenalan sewaktu mereka terbabit dalam satu pementasan di West End pada tahun 2013.

Mahkamah tidak menyatakan apa yang “tingkah laku yang tidak munasabah”, tetapi seorang pakar undang-undang memberitahu bahawa ia adalah sebab yang paling biasa untuk perceraian di UK. Beliau juga menegaskan bahawa perceraian itu tidak muktamad sehingga Sunetra memohon perintah mutlak , yang boleh mengambil beberapa bulan.

25-years-later-mr-bean

Anak Mr Bean

Rowan Sebastian Atkinson dan Sunestra Sastry mula tinggal berasingan sejak bulan Februari 2014. Mereka berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan dua orang anak; Ben, 22 dan Lily, 20.

Prosedur perceraian mereka di mahkamah hanya mengambil masa 65 saat.

Kongsi pendapat anda