Mufti Selangor nafi Mais luluskan program umat Islam ‘sentuh anjing’

Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran “I Want To Touch A Dog” di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya.

Tamyes  berkata pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.

“Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing, Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri.”

kisah anjing

Mohd Tamyes berkata Islam membenarkan penganutnya memelihara anjing untuk tiga tujuan; sebagai haiwan buruan, binatang terlatih untuk menjaga haiwan ternakan, dan sebagai pengawal keselamatan termasuk membanteras jenayah dadah dan narkotik.

“Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, saya percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam”.

Menurut mufti Selangor itu, matlamat penganjur juga dipersoalkan apabila anjing yang dibawa ke program itu kebanyakannya terdiri daripada baka jinak, dan bukannya yang garang untuk tiga tujuan berkenaan.

Kongsi pendapat anda