Murid Cemerlang 6A Meninggal Dunia

“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan dugaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa(nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan musibah, mereka mengucapkan ‘sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepadaNya jua kita kembali” (Al-Baqarah : 155-156)

Hari ini kita mendapat khabar duka daripada salah seorang calon UPSR 2016 baru-baru ini. Ingat lagi tak kita pada seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2 yang menghidap penyakit kanser kalenjar.

wan adibah

Wan Adibah binti Wan Mazlan (12) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada awal pagi tadi. Bapanya, Wan Mazlan Wan Hassan, (50), berkata anaknya itu menghembus nafas terakhir di ICU Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian kira-kira jam 4:00 pagi.

Sebelum pergi (meninggal dunia) dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan… hanya menitiskan air mata kerana menahan kesakitan yang dialami,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Jenazah Allahyarham telah dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Besar Pasir Mas pagi tadi. Allahyarham memperoleh 6A dalam ujian UPSR baru-baru ini.

Sama-samalah kita berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

kanser-kelenjar-2

Kongsi pendapat anda