Muslim Pro – Aplikasi Android sempena Ramadhan

Salah satu aplikasi terkini yang popular di kalangan pengguna beragama Islam adalah Muslim Pro.

Aplikasi yang dikenali dengan ‘pelbagai fungsi dalam satu‘ ini telah dimuat turun lebih 10 juta pengguna seluruh dunia. Melalui aplikasi Muslim Pro ini, ia menawarkan beberapa informasi pantas termasuk waktu solat, arah kiblat, al-Quran dan bacaan dalam MP3, serta pelbagai fungsi menarik yang lain.

Muslim Pro Android apps

Pengguna turut boleh menggunakan aplikasi yang sama dalam mencari tempat makan halal yang berdekatan, dan juga masjid yang berdekatan.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma di Google PlayStore dan hadir dengan sokongan iklan. Pengguna boleh membuat pembelian dalam aplikasi untuk membuang iklan tersebut sekiranya tidak menggemarinya.

Muslim Pro aplikasi Android sempena Ramadhan

Download Muslim Pro di PlayStore.

Kongsi pendapat anda