Mustahil Untuk Buka

Tinggalkan apa sahaja yang ada lakukan sekarang ini..!! Kita sedang mengalami satu situasi masalah..!!

pinggan

Inilah diantara status seorang suri rumah yang memuat naik foto almari ‘mustahil untuk dibuka‘ dan beliau memerlukan pendapat pembaca semua untuk membuka almari tanpa memecahkan pinggan yang berharga.

Kelakar juga bila baca beberapa pendapat daripada orang ramai ya. Hehe.

Penulis akan sertakan beberapa pendapat mereka seperti :’

‘Jika pinggan itu murah, buka jelah pintu almari, kalau pinggan mahal pecahkan je kaca almari di sebelah kanan’

 

‘buat satu rumah yang lain, sama seperti asal, lepastu ambil pinggan dan hancurkan rumah itu’

 

‘buatkan rumah terapung, kemudian ambil pinggan’

 

‘tunggu suami pulang – acah-acah perang mulut – pergi dapur – buka pintu almari – biarkan pinggan pecah – salahkan suami – suami ganti baru’

 

‘terbalikkan almari kemudian buka’

 

‘gunakan mesin masa untuk ulang semula susuna pinggan’

 

‘jual di muzium dan letakkan namakan Frozen’

Agak-agak apa yang akan pembaca lakukan bila berlaku situasi ini ya? Hantar jawapan anda di ruangan komen!

Kongsi pendapat anda