Nad Zainal Tawar Khidmat Jaga Kucing Sempena Hari Raya

Pelakon Nad Zainal bersama ibunya Faridah Mohd Nor mengambil kesempatan sempena cuti sambutan Hari Raya ini dengan membuka perniagaan iaitu mengendalikan tempat penjagaan kucing.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, perniagaan itu merupakan cadangan ibunya memandangkan mereka beraya di Kuala Lumpur  sahaja kerana tiada kampung halaman.

nad zainal jaga kucing

Nad Zainal jaga kucing

Dalam pada itu, Nad berkata, rasa cinta terhadap kucing juga membuatkan dia bersama ibu nekad melakukan perniagaan itu dan yakin pelanggan akan berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Bagi yang ingin menghantar kucing atau arnab peliharaan boleh menghubungi talian 017-2544331 untuk membuat tempahan membabitkan kawasan Taman Dagang, Ampang sahaja.

Kongsi pendapat anda