Naik 25 sen : Harga baru RON95, RON97 dan diesel berkuatkuasa 1 Mac 2015

Harga minyak RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Ekoran itu, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter).

KPDNKK

“Harga baru ini akan berkuatkuasa  bagi bulan Mac 2015,” Datuk Seri Hasan Malek

Shell Putrajaya

Katanya, kerajaan akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran matawang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Harga RON95 ketika ini ialah RM1.70 seliter, manakala RON97 RM2 seliter dan diesel RM1.70 seliter.

Minyak Habis

Namun demikian, ada dilaporkan banyak stesen minyak yang meletakkan kad Minyak Habis. Mungkin kerana lambakan pengguna kenderaan yang mengisi minyak, ataupun ada yang ingin menjual dengan harga baru?

Kongsi pendapat anda