Najib mahu mansuh Akta Hasutan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi pendiriannya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, walaupun Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa hari ini Putrajaya tidak berniat memansuhkan akta berkenaan.

Najib berkata walaupun Putrajaya bersetuju menggantikan akta tersebut dengan Akta Keharmonian Nasional, perkara berkaitan kaum dan agama tidak akan diabaikan.

“Kita mesti pertahankan… bukan kata ada (undang-undang) yang baru ini, semua kita ketepikan… tetapi kita akan masukkan peruntukan-peruntukan yang lebih sesuai,” Datuk Seri Najib Razak

Najib berkata kerajaan tidak membenarkan kebebasan yang tidak mengikut prinsip kebertanggungjawaban, terutamanya dalam soal agama Islam, agama lain serta hak keistimewaan dan raja-raja Melayu.

akta hasutanPerdana menteri berkata walaupun diberikan kebebasan dan keterbukaan, beliau berharap tidak berlaku kes-kes ekstrem kerana dalam melakukan apa sahaja tindakan perlu ada pertimbangan yang matang.

Kenyataan itu juga mengulangi Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru. Bagaimanapun, Shahidan sebagai menteri yang menguruskan Parlimen berkata Kabinet belum pernah berbincang pemansuhan akta tersebut.

Kongsi pendapat anda